Monday, November 28, 2011
Fakta Saintis Barat
1. Jarak diantara Nabi Adam dan kita cuma
diantara 10000-20000 tahun dan fossil manusia perempuan tertua dijumpai
berusia 4.4 juta di Ethiopia.
2. Manusia dahulu hidup bercawat, tidak
tahu memasak, bertani dan tinggal didalam gua (tidak bertamaddun).
3. Manusia dahulu tidak
mempunyai bahasa dan berpakaian tidak sempurna.
4. Manusia berevolusi
melalui pelbagai zamanà ais/batu
Fakta Al-Quran-1
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman
kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di
bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan
berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu
orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah
(berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan
mensucikanMu?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa
yang kamu tidak mengetahuinya”. Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan
segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada
malaikat lalu Ia berfirman: “Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini
semuanya, jika kamu golongan yang benar”. Malaikat itu menjawab: “Maha
Suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa
yang Engkau ajarkan kepada kami sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha
Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”.
Allah berfirman: “Wahai Adam! Terangkanlah
nama benda-benda ini semua kepada mereka”. Maka setelah Nabi Adam
menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman:
“Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui
segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan
dan apa yang kamu sembunyikan?”. Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman
kepada malaikat: “Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam”. Lalu mereka
sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan
takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.
(Al-Baqarah- Ayat 30-34)
BERDASAR AYAT DIATAS BODOHKAH MANUSIA
PERTAMA YG BERNAMA ADAM ITU. KEPANDAIAN BELIAU TENTANG BUMI MELEBIHI
MALAIKAT DIATAS KUNIAAN ILMU ALLAH.
Fakta Al-Quran-Kisah Habil dan Qabil.
Siti Hawa melahirkan kembar dua pasang.
Pertama lahirlah pasangan Qabil dan adik perempuannya yang diberi nama
“Iqlima”, kemudian menyusul pasangan kembar kedua Habil dan adik
perempuannya yang diberi nama “Lubuda”. Kerana Qabil tetap berkeras
kepala tidak mahu menerima keputusan ayahnya dan meminta supaya
dikahwinkan dengan adik kembarnya sendiri Iqlima maka Nabi Adam seraya
menghindari penggunaan kekerasan atau paksaan yang dapat menimbulkan
perpecahan di antara saudara serta mengganggu suasana damai yang
meliputi keluarga beliau secara bijaksana mengusulkan agar menyerahkan
masalah perjodohan itu kepada Tuhan untuk menentukannya. Caranya ialah
bahawa masing- masing dari Qabil dan Habil harus menyerahkan korban
kepada Tuhan dengan catatan bahawa barang siapa di antara kedua saudara
itu diterima korbannya ialah yang berhak menentukan pilihan jodohnya.
Qabil dan Habil menerima baik jalan
penyelesaian yang ditawarkan oleh ayahnya. Habil keluar dan kembali
membawa peliharaannya sedangkan Qabil datang dengan sekarung gandum yang
dipilih dari hasil cucuk tanamnya yang rosak dan busuk kemudian
diletakkan kedua korban itu kambing Habil dan gandum Qabil di atas
sebuah bukit lalu pergilah keduanya menyaksikan dari jauh apa yang akan
terjadi atas dua jenis korban itu.
BERDASAR KISAH DIATAS MASIH BODOHKAH
MANUSIA GENERASI KEDUA SEHINGGA MEREKA MAMPU MENTERNAK HAIWAN DAN
TERLIBAT DIDALAM BIDANG PERTANIAN GANDUM? BUKANKAH ITU HASIL DIDIKKAN
ILMU DARI MANUSIA PERTAMA YAKNI NABI ADAM A.S YG JUGA MENDAPAT ILMU DARI
ALLAH S.W.T JUGA.
Fakta Hadith Hadis al-Bukhari yang berbunyi
: Abu Dzar telah meriwayatkan: saya telah bertanya kepada Rasulullah
SAW: “Apakah masjid yang pertama dibina di atas muka bumi ini?,
Rasulullah SAW menjawab: “Masjid al-Haram”, saya bertanya lagi:
“kemudiannya…?”, balas Rasulullah SAW: “Masjid al-Aqsa”. Saya bertanya
lagi: “Berapakah jarak di antara keduanya (tempoh dibina kedua-duanya),
balas Rasulullah SAW: “empat puluh tahun, di mana sahaja
kamu dapat bersolat
pada keduanya, maka bersolatlah (di sana), di sana ada kelebihan (untuk
mereka yang bersolat di kedua-dua masjid tersebut)”.Nabi Adam a.s adalah
manusia pertama membina Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa didalam selang
waktu 40tahun.
MASIH BODOHKAH MANUSIA PERTAMA ITU
WALAUPUN DIDALAM ILMU PEMBINAAN.
Fakta Sejarah Islam Nabi Idris dianugerahi
kepandaian dalam berbagai disiplin ilmu, kemahiran, serta kemampuan
untuk mencipta alat-alat yang dapat mempermudahkan pekerjaan manusia,
seperti pengenalan tulisan, matematik, ilmu astronomi.
SEDARKAH PEN, TULISAN, HURUF, ANGKA, DAN
ILMU CAKRAWALA ITU ADALAH HASIL TAMADDUN MANUSIA DAHULU LAGI YG KAMU
KATAKAN BERCAWAT ITU. MASIH BODOHKAH MANUSIA TERDAHULU ITU?
Sekarang terserah kepada anda sendiri.
Fakta mana mahu dijadikan pegangan aqidah/iman. Jika kamu jadikan
Saintis Barat kiblat kamu kerana kemampuan mereka menonjolkan teknologi
untuk meyakinkan kamu terserahlah. Tapi bagiku, mukjizat AlQuran itu
lebih hebat drpd segalanya. Hati hati dengan program National Geography
yang terkadang menyesatkan.