Nasa mengeluarkan
kenyataan matahari akan terbit dari barat…Sains astronomi ada menyebut
bahawa kelajuan putaran planet Marikh sedang perlahan sedikit demi
sedikit ke arah laluannya ke timur. Para saintis agensi angkasa lepas
kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) pula mendapati pergerakan planet itu
terhenti ke arah laluan tersebut.
NASA kemudian mendapati
planet Marikh telah menukar laluannya ke arah yang bertentangan, iaitu
ke arah Barat, ini bermakna matahari akan terbit dari arah barat Marikh.
Fenomena yang ganjil itu disebut sebagai “retrograde motion”.
Kebanyakan saintis Barat
berpendapat bahawa semua planet akan melalui fenomena yang serupa dan
ini termasuklah planet Bumi. Apabila ianya berlaku, maka matahari akan
terbit dari Barat!
Subhanallah! Kekasih
Allah Nabi Muhammad s.a.w. bersabda bahawa salah satu tanda besar yang
hari kiamat akan tiba ialah apabila matahari terbit dari Barat.
Pihak NASA telahpun
mendapati tanda-tanda matahari akan terbit dari Barat semasa ahli sains
astronominya mengkaji pergerakan planet Marikh. Yang mereka tidak dapat
pastikan ialah tempoh masa yang bakal diambil sehinggalah semua planet
melalui fenomena yang serupa.
Dapatan sains oleh NASA
itu semestinya memperkukuhkan lagi iman umat Islam akan tanda-tanda
kiamat. Manusia tidak tahu bila ianya akan berlaku walaupun sudah ada
banyak tanda-tandanya. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
TEORI QURAN VS TEORI
BARAT
Kalau di kaji dengan
teliti, teori yang dijelaskan Al-Quran ini agak berbeza dari teori-teori
barat. Yang pertama, Al-Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi
bertukar arah. Al-Quran menunjukkan perkaitan yang erat dan rapat antara
bumi dan bulan. Tetapi teori barat tidak ‘nampak’ pun peranan bulan
dalam proses kejadian ini.
Yang ke-duanya, teori
Al-Quran nampak lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan
melalui ujikaji makmal. Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam
makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari akan naik dari barat!
Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang
besar), maka bumi akan hancur! Perlanggaran ‘kecil’ (seperti yang
berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi. Lagi pun
sekiranya komet melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya mungkin akan
menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam
kepada 10 jam sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan ini,
maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (atau
khatulistiwa) ialah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan
segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan,
tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta binatang-binatang akan
berterbangan.
Click Here
Lagi pun untuk
membolehkan bumi perputar pada arah bertentangan, komet yang melanggar
bumi mesti pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali kelajuan putaran
bumi iaitu 3,300 km/jam (sekiranya saiz komet sama besar dengan saiz
bumi), dan mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau
ianya melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak akan ‘terbit dari
barat’.
Yang ke-tiga, teori
Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku kerosakkan yang besar
kepada makhluk di bumi. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar
(misalnya bumi hancur), maka ini bermakna sudah “betul-betul kiamat” dan
bukannya lagi “hampir kiamat”. Di dalam hadith di atas menjelaskan
selepas matahari naik dari barat maka segala amalan dan taubat tidak
diterima lagi, dan dajal akan turun ke bumi (ini menunjukkan manusia
masih lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti biasa).
Tambahan pula Al-Quran
menyatakan (15:76) manusia akan melihat jalan-jalan tetap tegak, nampak
seperti biasa tanpa sebarang kerosakan, dan masih boleh dilalui.
Ke-empat, penjelasan
Al-Quran lebih menyeluruh dan dari teori barat. Ahli sains telah
mendapati bahawa terdapat ‘2’ jenis permukaan bulan iaitu permukaan yang
cerah (yang sentiasa mengadap bumi), dan permukaan gelap (yang sentiasa
membelakangi bumi). Ke dua-dua permukaan ini mempunyai ciri-ciri yang
berbeza yang amat ketara seperti warna, daya graviti, kandungan
bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan sebagainya.
Oleh itu apabila bulan merekah ia akan merubah polar graviti,
mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya graviti
dan magnet bumi bertindak balas.
Semoga bermanfaat….
Matahari Terbit Sebelah
Barat – Retrograde Motion
Nabi Muhammad (saw) dalam
hadis yang maksudnya lebih kurang: “Salah satu tanda-tanda hari kiamat
itu, matahari akan naik dari barat, di mana tidak lagi Tauba (keampunan)
akan diberikan“. Sebagai orang Islam kita yakin tanpa ragu apa yang
disabdakan oleh Nabi dan untuk memudahkan pemahaman kita, Allah swt
melalui ilmu sains astronomi memperincikan bagaimana hal ini akan
berlaku.
Sains astronomi mendapati
bahawa kelajuan planet Marikh menurun dalam perjalanan ke arah timur
dan pada hari Rabu 30hb Julai 2003, pergerakan planet telah benar-benar
berhenti dan hari tersebut, matahari telah naik dari sebelah barat di
planet Marikh. Ini berlaku sekali sahaja, dan fenomena pelik ini
diistilahkan sebagai Retrograde Motion. Para saintis menjelaskan ini
akan berlaku kepada semua planet sekali sahaja. Dan planet kita iaitu
bumi adalah betul-betul bersebelahan dengan Marikh.
Sumber
dari coretan-kisah.blogspot.com