Mekah
Beriklim panas kering,
adat masyarakat di mekah telah menyekat pelbagai jenis makanan. Namun,
secara beransur-ansur mulai berubah ketika ramai jemaah yang datang dari
pelbagai negara di seluruh dunia. Masing-masing mempunyai hidangan
tradisional mereka tersendiri dan secara tidak langsung memperkenalkan
pelbagai masakan kepada masyarakat Makkah.
Ketika ini banyak negara
terutama dari Afrika dan Asia tinggal dan bekerja di Mekah. Banyak
restoran dan warung makanan telah tumbuh di seluruh bandar dengan selera
yang pelbagai. Sebahagian besar hidangan mengandungi daging, beras,
gandum, sayur-sayuran dan rempah ratus dengan resipi dan rasa khas.
Sambousek (jenis-jenis
kuih yang bergoreng), al-Mandi (kambing panggang), Shawarma dan Soubiya
(minuman gandum dicampur dengan gula, susu, dan kayu manis) adalah
beberapa makanan kegemaran masyarakat Mekah pada masa bulan Ramadhan.
Ada Tradisi khusus
masyarakat Mekah pada malam Ramadhan iaitu minum Kopi Arab. Kopi Arab
sering dihidangkan oleh semua kedai yang menjual daging panggang.
Biasanya penyediaan kopi ini bermula dengan menyejukkan dan menggiling
biji kopi. Selepas itu air mendidih dituangkan dan kemudiannya disajikan
dengan kurma segar. Perlu disebutkan di sini bahawa lelaki dan wanita
duduk berasingan semasa mereka duduk menikmati kopi bersama dengan
rakan-rakan atau keluarga.
Madinah
Berkat kebun Kurma dan sayur-sayuran yang banyak, Madinah mempunyai bekalan makanan melimpah sejak dari zaman kuno.
Hal ini menjadikan
Madinah sebuah kota yang unik dan berbeza dengan wilayah Al-Hijaz di
mana ramai penduduknya menderita akibat kemarau. Kurma menjadi komoditi
perdagangan bagi penduduk Madinah pada waktu itu.
Mereka menjual Kurma untuk kafilah yang melalui sepanjang laluan komersial dari bahagian selatan Semenanjung Arab.
Pada masa sekarang ini
kira-kira 120 jenis kurma telah ditanam di Madinah. `Ajwa adalah salah
satu jenis kurma yang paling popular. Kurma adalah bahan utama dalam
kebanyakan makanan pencuci mulut.
Salah satu makanan
penutup seperti yang terkenal di Madinah adalah kuih panggang yang
disebut "Souiyka" yang dibuat dari Kurma Ajwa dan tepung gandum.