Mahdi bin Maimun menceritakan
seorang jiran beliau yang bernama Washil. Pada waktu malam Mahdi bin
Maimun selalu mendengar suara jirannya itu membaca Al Quran. Sehingga,
beliau tahu bahawa jirannya itu tidak tidur malam kecuali hanya sekejap.
Pada suatu hari ketika
Washil melakukan perjalanan jauh daripergi ke Mekah, Mahid bin Maimun
mendengar bacaan Al Quran yang sama dengan bacaan Washil sedangkan pintu
rumah Washil terkunci.
Setelah Washil pulang,
Mahdi bin Maimun pun memberitahu apa yang dialaminya dan Washil pun
menjawab, "Apa yang engkau bimbangkan? Mereka itu adalah penghuni rumah,
mereka solat seperti kita juga, mereka membaca Al Quran seperti kita
juga."
Mahdi pun bertanya,
"Apakah engkau melihat mereka?" Washil pun menjawab, "Tidak, tapi aku
dapat merasakan kewujudan mereka, mendengar pengaminan mereka di saat
berdoa. Ketika aku tidur, mereka membangunkan aku ". (Shifat Ash
Shafwah, 4/359)
Diterjemahkan dari sumber fiqhislam.com
Diterjemahkan dari sumber fiqhislam.com