Rahasia Di Sebalik Mandi Wajib
Setiap
orang Islam yang dalam keadaan hadas besar wajib untuk melakukan mandi
wajib atau mandi junub ini. Apakah hikmah dan rahsia mandi wajib ini?
Mandi
wajib adalah mandi yang perlu dilakukan oleh seseorang Muslim untuk
membersihkan dirinya daripada hadas besar dan melibatkan perbuatan mandi
dengan membasahi seluruh anggota badan. Hukum mandi wajib ataupun mandi
junub adalah wajib ke atas orang Muslim untuk membersihkan dirinya
daripada hadas besar.
Hikmah Di Sebalik Mandi Wajib
Adalah
banyak diketahui oleh pakar sains bahawa di bawah kulit manusia
terdapat banyak mikroorganisma yang hidup komensal. Mikroorganisma ini
akan keluar dan berada di hujung rambut dan bulu roma setiap kali
manusia berpeluh atau selepas melakukan hubungan kelamin dengan isteri @
suami. Sudah tentulah badan akan menjadi kotor dan organisma ini akan
mudah berjangkit kepada orang lain apabila ia keluar dan berurusan tanpa
mandi junub.
Bakteria
ini jika sekiranya mempunyai peluang untuk menguasai badan kita ketika
daya tahan badan manusia menjadi lemah akan mengambil kesempatan dan
akan menjadi parasit dan boleh menyebabkan jangkitan di tubuh badan
kita. Itulah sebabnya Islam menetapkan mandi junub sebagai cara
pembersihan diri dan tubuh badan daripada tercemar daripada bakteria
tadi. Keluar berjual-beli, makan, minum, berhubungan dan berinteraksi
dengan orang lain dalam keadaan berjunub adalah makruh. Allah Yang Maha
Mengetahui tentang makhluk yang diciptakannya ini telah menetapkan
bahawa manusia mesti mandi wajib selepas setiap kali datang haid nifas
dan bersetubuh.
Ia
adalah bagi tujuan pembersihan dan penyucian diri. Apabila bakteria
tadi terkena atau dikenakan padanya air yang dapat menghilangkanya dari
badan, ia akan mati dan tidak dapat menjangkiti orang lain. Maka
terselamatlah manusia daripada jangkitan dan wabak penyakit sekaligus
dan meneruskan hidup dalam keadaan bersih dan sihat.
Tayammum Pengganti Mandi Wajib
Kenapakah
tayammum dapat menggantikan mandi junub dan wudu’ ( dua jenis penyucian
diri dalam Islam ) dalam keadaan air di tempat yang kering-kontang?
Bakteria apabila terkena air akan mati disebabkan tekanan osmosis di
dalam badannya sehingga air boleh menyerap masuk ke dalam badan dan
akhirnya ia mati kerana mengalami overhydration. Begitu juga halnya
apabila bakteria tadi didedahkan kepada keadaan yang terlalu kering dan
kontang seperti apabila dikenakan padanya debu. Ia akan mati setelah air
badannya keluar kerana tekanan osmosis lebih rendah daripada tekanan
osmosis di luar badan menyebabkanya mati kerana air badan keluar dan
kerana kekontangan fisiologi badan. – Oleh: Dr Jamnul Azhar Hj Mulkan
Mandi Wajib Mengikut Sunnah Rasulullah SAW
Segala amal ibadah yang hendak dilakukan sebaik-baiknya perlu mengikut jejak langkah Rasulullah SAW.
Al-Bukhari
dan Muslim daripada Aisyah r.ha. meriwayatkan sebuah hadis mengenai
cara Rasulullah SAW mandi dengan katanya yang bermaksud: “Apabila Nabi
SAW mandi janabah, Baginda mulakan dengan membasuh kedua-dua tangannya.”
(Hadis riwayat Muslim)
Menurut
riwayat Muslim, “Kemudian Baginda mencurahkan air dengan tangan
kanannya keatas tangan kirinya, lalu membasuh kemaluannya.”
Munurut
hadis di sisi al-Bukhari yang diriwayatkan dripada Maimunah r.ha.
“Rasulullah SAW apabila mandi jenabah, Baginda mulakan dengan membasuh
kedua-dua tangannya. Kemudian Baginda menuang dengan tangan kanannya
daripada tangan kirinya, lalu Baginda membasuh kemaluannya. Kemudian
Baginda berwuduk sebagaimana wuduk sembahyang. Kemudian Baginda
memasukkan jari-jarinya ke dalam air lalu menyelati dengannya
pangkal-pangkal rambutnya. Kemudian Baginda mencurahkan air di atas
kepala sebanyak tiga cebok tangannya ke seluruh badannya. Kemudian
Baginda mencuci kedua-dua kakinya“ (Riwayat Muslim). Wallahualam.
-sumber dari hasnulhadiahmad.com