AWAS SYAITON
"Sesungguhnya
syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan
terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah: 169).
Syaitan,
makhluk yang sungguh menggemaskan-pelbagai cara mereka gunakan untuk
menggelincirkan manusia. Tak hanya itu, syaitan juga selalu berusaha tak
kenal lelah dan putus asa untuk menjauhkan kita dari ibadah mahupun
menjadikan manusia derhaka pada Allah.
Kerana
memang sifatnya yang pembangkang, tugas syaitan jelas, mencari
sebanyak-banyaknya teman untuk menemani mereka di neraka kelak. Misi
syaitan sudah jelas bagi kita semua, menggangu, menggoda, datang dari
arah mana-mana, dan menggelincirkan manusia seluruhnya agar makin jauh
dengan Allah SWT. Nabi Adam pun pernah digoda sehingga beliau melakukan
apa yang dilarang Allah. Berbagai cara syaitan menjatuhkan manusia ke
dalam lubang kehinaan.
Kerana
busuknya kaedah setan dalam menenggelamkan manusia ke lembah kekufuran
itulah, Rasulullah SAW bersabda, "Anak keturunan syaitan ada sembilan,
yaitu Zalitun, Watsin, Laqus, A'wan, Haffaf, Murrah, Masuth, Dasim, dan
Walhan."
Petama,
setan Zalitun ialah syaitan yang bertugas menggoda penghuni pasar dalam
transaksi jual beli dengan menyuruh untuk melakukan kedustaan,
penipuan, memuji-muji barang dagangan, mencuri timbangan dan bersumpah
palsu.
Kedua,
setan Watsin bertugas menggoda manusia yang tertimpa musibah agar tidak
bersabar sehingga yang sebahagian daripada mereka yang berjaya
digelincirkan syaitan berteriak histeria, menampar-nampar pipi dan
sebagainya. Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya aku putus hubungan
dengan orang-orang yang menjerit-jerit ketika kematian, mencukur rambut
di kepalanya, atau bahkan merobek-robek bajunya ketika ditimpa musibah."
(HR. Bukhari Muslim).
Ketiga,
syaitan A'wan-mereka bertugas menggoda para pemerintah untuk berbuat
zalim. Jabatan kadang-kadang membuat seseorang lupa diri bahawa semua
perbuatan kelak akan ditanya di hadapan mahkamah Allah SWT kelak.
Cerminan penguasa zalim telah Allah contohkan dalam sosok yang sangat
fenomenal, Firaun.
Keempat,
syaitan Haffaf, yakni syaitan yang bertugas memujuk dan menggoda orang
untuk meneguk minuman keras. Kelima, syaitan Murrah bertugas menggoda
orang agar asyik bermain seruling atau alat muzik mengiringi
nyanyiannya.
Sebagai
manusia, kita memang memerlukan hiburan. Namun, hiburan dalam Islam
tentu sudah diatur dengan baik dan tidak berlebihan. Ertinya, jangan
sampai bermain muzik menjadi keutamaan utama kita sebagai manusia. Tugas
manusia ialah ibadah. (QS. Adz-Dzariyat: 56).
Keenam,
Setan Laqus bertugas menggoda untuk menyembah api. Menyembah api, atau
apa pun selain Allah adalah salah satu bentuk kemusyrikan. Ketujuh,
setan Masuth, menggoda manusia untuk menyebarkan berita-berita dusta
lewat lisan manusia sehingga sukar ditemui berita yang sebenarnya.
Kelapan,
syaitan Dasim, syaitan yang berada di dalam rumah. Jika seseorang tidak
mengucapkan salam sewaktu memasuki rumah dan tidak pernah menyebut nama
Allah di dalamnya, maka syaitan akan mengadakan perselisihan di antara
anggota keluarga sehingga akan terjadi talak, khulu, mahupun tindak
kekerasan.
dan syaitan
Walhan, bertugas menggoda manusia dalam beribadah seperti berwudhu,
solat, dan ibadah-ibadah lain. Syaitan Walhan, menurut riwayat lain
tugas utamanya adalah menggoda manusia saat berwudhu untuk boros dalam
menggunakan air. Padahal sudah jelas bagi kita, perilaku boros dalam
berwudhu ialah salah satu makruh wudhu.
Kami berlindung pada-Mu ya Allah, dari godaan syaitan yang terkutuk. Wallahu a'lam bish shawwab.
sumber republika.co.id