Ahli saintis telah
menjelajah sejauh 2.4 km ke bawah tanah dan menemui sumber air yang
tidak berhubung atau bercampur sumber air lain selama berpuluh juta
tahun di Kanada. Air ini mempunyai nutrien yang boleh menyokong hidupan
mikrob. Saintis sedang berusaha mencari sebarang hidupan mikrob dalam
sumber air tersebut.
Analisis kimia air yang
menunjukkan bahawa ia tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan atmosfera
Bumi sekurang-kurangnya 1 bilion tahun.
"Buat masa ini, saya
fikir kita terpaksa membuat kesimpulan bahawa terdapat cecair 1.5-bilion
tahun terperangkap di dalam kerak." kata Pete Burnard, dari Pusat
Penyelidikan petrografi dan Geokimia di Vandoeuvre-les-Nancy