Setiap Hari Bumi Menyeru Manusia Dengan Sepuluh Perkara
massage from earth |
GUGUMMAULANA.COM - Dari Anas Bin Malik r. a; “Sesungguhnya setiap hari bumi
menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.
1. Wahai anak Adam! Berjalanlah
di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.
2. Engkau melakukan maksiat di
atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.
3. Engkau ketawa di atas
perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.
4. Engkau bergembira di atas
belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.
5. Engkau mengumpul harta di
atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.
6. Engkau makan benda yang
haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di
dalam perutku.
7. Engkau angkuh di atas
belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.
8. Engkau berlari dengan riang
di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam
keadaan dukacita.
9. Engkau hidup di dunia
bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah!
Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
10. Engkau hidup di atas
belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam
perutku.
Untuk peringatan pada diri yang
sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka. Sedarlah bahawa
bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun masih ramai lagi manusia yang
lalai dan leka.
Wallahu’alam
keywords : wasiat bumi pada manusia , massage of earth , save earth , pesan bumi pada manusia , planet bumi dan pesannya kepada manusia , pesan bumi untuk kita , wasiat bumi , wasiat bumi