Manusia tidak mampu
menyelam di laut dengan kedalaman di bawah 40 meter tanpa peralatan
khusus. Dalam sebuah buku berjudul Oceans juga dijelaskan, pada
kedalaman 200 meter hampir tidak dijumpai cahaya dan pada kedalaman 1000
meter tidak terdapat cahaya langsung.
Keadaan dasar laut yang
gelap baru diketahui selepas penemuan teknologi canggih. Namun Al-Quran
telah menjelaskan keadaan dasar lautan semenjak ribuan tahun lalu
sebelum teknologi itu dijumpai.
Al-Quran surat An Nur
ayat 40 menjelaskan mengenai fakta ilmiah ini.
"Atau seperti gelap
gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya
ombak (pula), di atasnya (lagi) awan; gelap gulita yang
tindih-bertindih, apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat
melihatnya, (dan) barang siapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh
Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikit pun. "(QS An Nuur: 40).