Tahukah kita solat 5
KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya
terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:-
Seorang ahli Sains saraf
otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di
otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi
jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung
pembawaannya ke otak manusia. Padahal otak amat memerlukan oksigen dan
bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal.
Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan. Dikaji
dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan
mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang
itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam
solat. Bila perkara ini berlaku,maka otak dapat bekalan darah dan
oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis
penyakit seperti stress, migraine, stroke , menyegarkan otak serta
menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama
ketika sujud waktu solat Subuh). Juga boleh membaiki posisi anak dalam
kandungan rahim…dll.
Paling HEBAT lagi maka dia memeluk Islam…hebat tak kuasa SUJUD?
Sebenarnya:-
1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)
2. SUJUD KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)
Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:,
Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud.
“Hendaklah kamu
bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud
melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu
dosa (kesalahan) darimu” ,(HR Muslim)
Firman Allah SWT yang bermaksud:-
” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat:45)
Dari Sudut Tasawuf
Sujud adalah waktu di
mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan
sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya”
seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri,
pasrah, berikrar dan mengaku bahawa“Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang
layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat
berserah dan memohon pertolongan”.
Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-“Tiadalah
keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia
melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan
mukanya di tanah
( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani).
Firman Allah SWT yang
bermaksud:- ” Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami
ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka
menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak
menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).
Sujud bererti seseorang
itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah
ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah,
mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah
dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup
menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak
mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan
dirinya dari tanah itu.
Maka setiap kali sujud
sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia
ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai
solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia
merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun
lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki
gerbang akhirat.
Dalam keadaan demikian
maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika
itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah
Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana
Rabbial- A’la wa-Bihamdih”.
Sumber dari facebook.com, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب