Saturday, July 27, 2013
Surah An-Nahl, ayat 18 :
Dan jika kamu menghitung
nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat
menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani.
1. Planet Pluto mengambil
masa 248 tahun untuk mengelilingi matahari. Setiap 20tahun ia mengubah
orbitnya bagi mengelak daripada berlanggar dengan planet Neptune.
2. Kebanyakan debu yang
berterbangan di rumah datangnya daripada sel-sel kulit kita yang mati.
3. Perut akan
menghasilkan satu lapisan mukus yang baru setiap 2 minggu untuk
melancarkan proses penghadaman.
4. Kandungan emas di laut
adalah 200 kali ganda lebih banyak daripada yang terdapat di daratan.
5. Jika semua salur darah
dalam tubuh manusia dicantumkan, ia boleh meliputi jalanraya sepanjang
96,000km.
6. Jika usus kecil
manusia dibelah dan dicantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2
meter persegi!
7. Manusia bernafas
kira-kira 23ribu kali dalam sehari
8. Orang lelaki mudah
mendapat buta warna 10 kali ganda daripada wanita.
9. 54 otot dalam tubuh
manusia digerakkan apabila manusia melangkah selangkah ke hadapan.
10. Matahari memiliki
tenaga yang cukup untuk menerangi bumi selama 5juta tahun lagi.
11. Tekanan jantung
manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehingga setiap pancutan
boleh memancutkan darah sejauh 9meter.
12. Setiap hari, darah
beredar di dalam badan manusia sejauh 180 ribu kilometer.
13. Setiap manusia
memiliki purata 100ribu helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu
malam.