Turki kini sedang
membina sebuah Masjid di bawah tanah yang pertama di dunia di daerah
Buyukcekmece di Istanbul. Reka bentuk seni bina ini pernah memenangi
tempat pertama dalam pertandingan Seni Bina Festival Dunia untuk
kategori tempat ibadah .
"Masjid adalah tempat untuk ketenangan dan Solat ," kata Mehmet Narin , Mufti Buyukcekmece mengatakan kepada World Buletin pada Isnin, 4 November.
"Masjid adalah lanjutan daripada Kaabah ," tambahnya.
Penggabungan intipati
Islam dan sandaran reka bentuk dengan sentuhan moden, Masjid Sancaklar
yang diilhamkan oleh Gua Hira iaitu tempat Nabi Muhammad SAW pertama
kali menerima wahyu.
Dibina tujuh meter di bawah permukaan, Masjid ini dibina oleh arkitek Turki saudara Emre Arolat.
Masjid dibina dengan
keluasan 1200 meter persegi di bawah tanah, diterangi oleh beberapa
jalur lampu dan cahaya matahari untuk menampakkan kesan persekitaran
jiwa.
Berdasarkan dari reka
bentuk masjid standard, Masjid Sancaklar mempunyai ruang ibadah yang
luas dengan kapasiti lebih dari 650 jamaah.
Menjadi Masjid di bawah tanah pertama di dunia jadi Masjid Sancaklar direka tanpa menara atau sabit.